The Ant Daily buta, kata pembaca

Pembaca media sosial menyifatkan penulis sebuah portal berita online sebagai buta kerana tidak peka serta tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu isu untuk tatapan umum.

Portal tersebut menerima kecaman penduduk yang dikatakan dari kawasan Nangka berikutan dakwaannya dalam sebuah artikel yang merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), N.49 Nangka Dr Annuar Rapaee, dimana penulis portal tersebut mendakwa Dr Annuar “telah menyepi” sejak 5 tahun kebelakangan ini.

Borneo Post melaporkan seorang penduduk DUN Nangka, Abg Fairul Syarmil Abg Mohd menyelar dakwaan tersebut sebagai membabi buta dan menunjukkan kedangkalan pihak portal berkenaan.

Eddy Jemat, seorang Tuai Rumah, yang turut menyokong kenyataan Abg Fairul berkata, sepanjang 5 tahun ini telah banyak yang perkara yang diusahakan Dr Annuar.

Berikutan itu laman Facebook milik DUN Nangka terus mendapat reaksi serta komentar yang pedas dari penyokong Dr Annuar.

Sokongan terhadap Dr Annuar menjadi komentar yang menarik;

Akaun facebook menggunakan nama Rohani Eded menyifatkan penulis berita yang memburuk-burukkan Dr Annuar sebagai buta, sedangkan orang ramai mampu melihat apa yang dilakukan pemimpin berkenaan.

Dengan sinis beliau menyatakan rasa kasihan terhadap penulis tersebut.

“Buta mungkin penulis berita yang memburuk2 YB kami ni. Dia seorang je yang tak nampak sedangkan orang awan nampak dan menikmati kemudahan yg disediakan. Buta mata tu masih dapat dimaafkan tapi penulis BUTA HATI ini paling saya kasihan.” katanya

Manakala, akaun facebook menggunakan nama Fatimah Kari menyatakan sokongan terbuka terhadap Dr Annuar dan menganggap penulisan The Ant Daily sebagai sampah.

Beliau difahamkan bertugas sebagai seorang ahli akademik kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang sengaja mencipta provokasi demi untuk menarik perhatian.

“Mereka mampu tidur dengan nyenyak tanpa sedikit pun rasa bersalah, selepas menyebarkan fitnah. Adakah mereka itu manusia normal? “ soalnya yang merujuk kepada artikel The Ant Daily. – Sarawak Today

0 Response to "The Ant Daily buta, kata pembaca "

Post a Comment

wdcfawqafwef