Sarawak Akan Halau Presiden PAS?

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata beliau akan hanya membuat keputusan sama ada untuk menghalang atau tidak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada memasuki negeri ini selepas mendapat semua fakta.

“Saya perlu melihat perkara ini dahulu tetapi jika seseorang mengatakan sesuatu yang tidak sesuai, saya berasakan ia tidak begitu baik.

“Sebab itu, saya akan membuat keputusan selepas mendapat semua fakta,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Adenan berkata demikian bagi mengulas cadangan yang dibuat oleh Menteri Kemajuan Tanah merangkap Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting supaya Abdul Hadi dihalang daripada memasuki Sarawak.

Menurut Masing, ia ekoran kenyataan Hadi baru-baru ini yang menghina penganut Kristian di Sarawak.

“Hadi sudah dua kali menunjukkan kejahilannya terhadap Sarawak.

Pertama kali adalah pada 2009 semasa pilihan raya kecil Batang Ai, beliau menyifatkan hanya Dayak yang memakai cawat mengundi BN manakala semua orang yang ‘berpakaian kemas’ mengundi pembangkang.

“Sekarang, beliau mendakwa mubaligh Kristian menggunakan wang untuk menarik rakyat Sarawak menjadi Kristian…ia adalah memalukan bagi seorang pemimpin yang berstatus tinggi menjadi sangat jahil terhadap Sarawak,” kata Masing.

Manakala Ting turut menggesa kerajaan negeri segera menyenarai hitam Hadi daripada memasuki Sarawak dengan kadar segera.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian juga tampil dengan menyifatkan kenyataan Hadi sebagai sangat sensitif, sombong dan tidak berasas.- utusan boeneo

0 Response to "Sarawak Akan Halau Presiden PAS?"

Post a Comment

wdcfawqafwef