Calon Ketua Menteri Sudah Berputus Asa?


Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, bahangnya tidak sehangat PRN ke 10 yang lalu. Pihak pembangkang kelihatan seolah hilang modal, seakan tidak ada apa yang menarik untuk mereka tawarkan kepada rakyat, sementara kem Barisan Nasional (BN) pula seolah-olah terlalu yakin mereka akan merampas semua 82 kerusi yang ditandingi.

Sentiment Dayak yang sering dijaja dengan begitu laris untuk meraih sokongan rakyat, kali ini seperti tidak mendapat perhatian.

Sehinggakan ada yang berpendapat, pada PRN kali ini pembangkang bagaikan hilang motivasi diri.

Ketua Pembangkang dari PKR Sarawak, Baru Bian yang pernah dimahkotakan oleh kaum dayak sebagai bakal Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas tahta kerajaan negeri pada PRN ke 10, kini tidak lagi mampu bersuara seperti dulu.

Mungkin kaum Dayak tidak mahu mencalonkan semula Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri, sehinggakan Baru Bian terkapai-kapai mencari sentuhan sebagai “Bekas Bakal” yang sudah hilang taring. Baca lagi KLIK

0 Response to "Calon Ketua Menteri Sudah Berputus Asa? "

Post a Comment

wdcfawqafwef