Kit Siang 'Semakin Pandai' Bicara Hukum Islam

DAP semakin lantang mempertikaikan pegangan dan prinsip Islam gara-gara niat PAS untuk meneruskan hasrat mereka melaksanakan hudud.

“Saya tidak boleh menerima pandangan prinsip Islam tidak dipenuhi jika hudud tidak dilaksanakan” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kata beliau, jika pandangan itu benar, maka Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin PAS lain telah lama mengkhianati prisip Islam iaitu selama enam tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

“Jika benar bermakna pemimpin PAS sudah lama mengkhianati prinsip Islam kerana pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah dibentangkan sebagai salah satu daripada prinsip utama pakatan rakyat dalam PRU13,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Kit Siang menyeru pimpinan pakatan rakyat mencari formula untuk menyelamatkan pakatan rakyat bagi menyelamatkan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan disebabkan pelbagai isu yang timbul waktu ini.

Beliau turut mendakwa, Allahyarham Nik Aziz semasa riwayatnya walaupun mahu melaksanakan hudud tetapi bersikap realistik untuk mengetahui bahawa ia tidak terkandung dalam polisi bersama pakatan rakyat dan sebarang penentangan ke atasnya boleh membawa perpecahan pakatan rakyat.

Justeru, katanya, Allahyarham Nik Aziz pasti memahami bahawa pelaksanaan hudud bukan isu terpenting berbanding memastikan kelangsungan dan kejayaan pakatan rakyat untuk menawan Putrajaya. - rakyatnews

0 Response to "Kit Siang 'Semakin Pandai' Bicara Hukum Islam"

Post a Comment

wdcfawqafwef