Hadi ada agenda tersirat, kata PKR

PKR mengesyaki bahawa tentangan oleh oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan serta kenyataan dari kem BN mengandungi agenda tersirat.

Anggota jawatankuasa pusat PKR, Latheefa Koya berkata, kenyataan menteri BN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya turut terpakai untuk semua pilihan raya di Malaysia sekiranya ia boleh diambil kira.

“Amat tidak masuk akan jika dikatakan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada polarisasi kaum atau masalah perpaduan.

“Mereka yang kata begini jelas sekali ada agenda tersirat.

“Jika alasan tidak masuk akal ini diterima, kita tidak akan dapat mengadakan apa-apa pilihan raya di Malaysia, sama ada peringkat parlimen, negeri atau pilihan raya kerajaan tempatan,” kata peguam itu.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang bersetuju dengan kebimbangan Hadi bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada keadaan seperti itu.

Latheefa berkata, keputusan yang ditunjukkan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini menunjukkkan bahawa pengundi tidak lagi memilih calon mengikut kaum atau agama.

Jelasnya, ramai pengundi Melayu memilih MP pembangkang Cina dan kalangan pengundi bukan Melayu juga ramai memilih MP PAS.

“Keputusan ini diulangi dan diperkukuh dalam pilihan raya umum ke-13. Rakyat Malaysia tidak lagi melihat satu sama lain mengikut kaca mata kaum dan agama, tetapi sebagai sesama warga Malaysia.

“Sebaliknya, ahli politik yang mementingkan dirilah yang terus menguar-uarkan dan memangkinkan lagi mitos bahawa pengundi Malaysia terus mengundi berdasarkan kaum.

“Ini adalah penghinaan ke atas integriti dan kecerdasan pengundi Malaysia,” katanya lagi.- malaysiakini

0 Response to "Hadi ada agenda tersirat, kata PKR"

Post a Comment

wdcfawqafwef