Kenyataan Pengerusi DAP Sarawak "Merbahaya Dan Keji"

Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa kaedah pemberian projek Lebuh Raya Pan Borneo hanya menumpukan satu kumpulan kaum sahaja disifatkan sebagai "merbahaya dan bersifat keji".

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Haji Saidol sambil menambah, kenyataan Chong menyentuh isu yang boleh membangkit sentimen buruksangka dan curiga antara kaum di negeri kita yang berbilang bangsa.

"Chong dengan cuai menuduh bahawa adalah tidak adil untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo hanya dikuasai satu kaum sahaja."

"Apakah dia berani bertaruh bahawa tidak akan ada sebuah syarikat milik Cina akan terlibat dgn Projek tersebut?," persoal Abdullah, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

"Apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memberi bantuan kewangan sebanyak RM3 juta untuk tahun lepas dan RM4 juta untuk tahun ini selain dari bantuan dari Kerajaan Pusat kepad sekolah Cina, tidak ada pun orang politik dari kalangan Bumiputera menjerit mengatakan itu tidak adil."

"Keputusan pilihanraya negeri dan umum yang lepas jelas menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Cina menyokong DAP tetapi kerajaan masih memberi pertimbangan kepada beberapa permintaan mereka malah Ketua Menteri sering menasihati kita supaya berhenti melebel kaum Cina sebagai "Kaum Pendatang"."

Abdullah juga menyifatkan kenyataan keji Chong jelas menunjukkan betapa terdesaknya DAP dalam usaha untuk meraih sokongan dari masyarakat Bumiputera.

"Chong terus menunjukkan sikap hipokriknya dengan membangkit isu seperti definisi Dayak dan pengurusan Baitulmal," katanya sambil menambah, hanya orang yang tidak waras sahaja akan percaya kepada kejujuran dan keiklasan Chong yang cuba menunjukkan bahawa beliau mengambil berat tentang kebajikan kaum Bumiputera.

"Sebagai seorang ahli politik yg bertanggungjawab, bermaruah dan peka, dia tidak sepatutnya menyentuh perkara-perkara sensitif hanya semata-mata untuk meraih populariti politik," katanya lagi.

"Saya percaya semua warga anak negeri Sarawak termasuk rakan-rakan berbangsa Cina yang cintakan perpaduan tidak akan menyokong mana-mana propaganda politik yang akan menimbulkan perasaan buruksangka dan keresahan kaum dalam masyarakat kita."

"Saya nasihat Chong supaya jangan bermain api dan jangan cuba mempersendakan perasaan kaum bumiputera kerana saya yakin, bila keadaan tidak dapat dikawal lagi, yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang. Pendekata, kita semua rugi," tegas Abdullah.

Chong yang dipetik dalam sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion dengan jalan sepanjang 1,663 kilometer itu hanya diberikan kepada syarikat kontraktor yang didakwanya 100 peratus kaum Melayu. - Sarawakiana

0 Response to "Kenyataan Pengerusi DAP Sarawak "Merbahaya Dan Keji" "

Post a Comment

wdcfawqafwef