61 Peserta Tamat Kursus Marsyal Sukan Permotoran

KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Seramai 61 penduduk kampung sekitar Jalan Puncak Borneo, kira-kira 40 kilometer dari sini, Ahad menamatkan Kursus Pegawaian Dan Marsyal Sukan Permotoran 2015 peringkat negeri di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS).

Sehubungan itu, mereka akan terlibat dalam penganjuran sukan permotoran antarabangsa 'Padawan International 4x4 Off Roaders Extreme Challenge 2015' yang akan berlangsung di BRS Mei depan.

Menurut Pengerusi Padawan International 4x4 Off Roaders Extreme Challenge 2015, Wilfred Yap, peserta terbabit diiktiraf sebagai pegawai dan marsyal yang bertauliah dan berkelayakan untuk terlibat dalam mana-mana penganjuran sukan permotoran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis penutupan kursus dua hari itu dan penyampaian sijil kepada para peserta disempurnakan Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.

Jerip berharap BRS dapat menjadi antara kawasan terkenal terutama pelancongan, kebudayaan dan pertanian komersial menerusi penganjuran sukan permotoran itu oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Sarawak Automotive Racing Sport Association (SARSA).

--BERNAMA

0 Response to " 61 Peserta Tamat Kursus Marsyal Sukan Permotoran"

Post a Comment

wdcfawqafwef