RM2.6 bilion : Kebenaran akan timbul pada kesudahannya

“Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka.”

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion pm cuteyang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” kata Najib dalam temubual dengan sebuah televisyen tempatan pada Isnin malam.

Menurutnya, dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya kerana itu adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.

Bank Negara juga katanya, telah dimaklumkan apabila akaun itu diwujudkan.

“Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.

“Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya,” katanya.

Pada Isnin, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Asia Barat bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion itu dan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik siasatan selesai dilakukan.

Video temubual Perdana Menteri itu boleh dilayari di laman web www.newsplus.my/live-tv.- BNBBC

0 Response to "RM2.6 bilion : Kebenaran akan timbul pada kesudahannya"

Post a Comment

wdcfawqafwef