PAS tolak dakwaan ahli, tak akan bergabung dengan Pakatan Harapan

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian dengan keras kali ini menyatakan yang parti Islam itu tidak akan sesekali bergabung dengan Pakatan Harapan.

Tegas beliau, keputusan tersebut telah diputuskan di peringkat kepimpinan PAS Pusat, maka isu yang sama ini tidak perlu dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak termasuk ahli PAS sendiri.

“No way!

“Keputusan kami secara kolektif, keputusan kami berasaskan syura, tak ada gabung-gabung,” katanya menerusi Whatsapp kepada BNBBC.my.

Terdahulu, Pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw menyatakan yang beliau tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan komponen pembangkang sekiranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi memegang jawatan presiden pada pemilihan parti itu dua tahun lagi.

Ujar bekas pemimpin kelab yang kemudiannya dinaiktaraf menjadi sayap PAS itu lagi, senario politik dalaman parti itu akan berubah jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memegang jawatan nombor satu selepas muktamar dan pemilihan parti sesi 2017.

“Presiden adalah pilihan ahli melalui Muktamar, yang telah dipilih itu adalah merupakan kepercayaan ahli untuk beliau memimpin.

“Dan untuk pentadbiran sekarang, Tuan Guru menolak kerjasama dengan PH, keputusan itu tetap sampai bila-bila, tiada lagi kemungkinan,” tegas Nasrudin lagi.- bnbbc news

0 Response to "PAS tolak dakwaan ahli, tak akan bergabung dengan Pakatan Harapan"

Post a Comment

wdcfawqafwef