Ramai yang bersimpat dengan sikap terdesak Chong

 
Chong sudah semakin ketandusan idea dan risau dengan pencapaian YAB Ketua Menteri Sarawak sehinggakan beliau keliru berkaitan peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

DAP lantang bersuara dan mendakwa bahawa Pulau Pinang menikmati pencapaian dan pembangunan yang positif walaupun dalam keadaan ekonomi Negara yang beliau sifatkan sebagai buruk. 

Pencapaian yang mereka dakwa hasil dari polisi dan dasar kerajaan negeri dan tiada kaitan dengan kerajaan persekutuan.

Bila dalam konteks Sarawak pula dan disebabkan oleh keperluan dan publisiti politik, beliau mendakwa Kerajaan Negeri Sarawak tertakluk kepada kawalan serta dasar Kerajaan Persekutuan. Adakah beliau lupa bahawa Sarawak mempunyai hak-hak istimewa dalam Perjanjian Perkara 18? Adakah beliau lupa bahawa peranan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Kerajaan Negeri dalam tempoh yang singkat telah berjaya dalam perlaksanaan Lebuhraya Pan Borneo, memperjuangkan hak semua kaum dan menumpas pembalakan haram, memperjuangkan hak autonomi dari Kerajaan Persekutuan, menghapuskan tol di Sarawak dan bayangkan apa yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Adenan Satem dalam masa 5 tahun lagi.

Chong sepatutnya berhenti bermain politik retorik murahan ini untuk meraih sokongan rakyat. Sarawak mempunyai anak jatinya sendiri sebagai Ketua Menterinya dan sentasa memberi khidmat yang terbaik untuk rakyatnya. Di situlah kita harus memberi sokongan 100% kepadanya demi Negeri Sarawak.

0 Response to "Ramai yang bersimpat dengan sikap terdesak Chong"

Post a Comment

wdcfawqafwef