DAP – Parti Pembangkang atau Penerbit Filem?

DAP sekali lagi telah mengeluarkan cerita ‘recycle’ yang terbarunya berjudul ‘Pendedahan Penyelewengan dan Korupsi Keluarga Fadillah, Jabu dan Morshidi’. Pertama sekali saya perlu puji penggunaan tajuk mereka, seharusnya mereka layak bersaing di Hollywood dengan kreativiti sebegini.

DAP amat terkenal dengan cara ‘spinning yang amat baik sekali, mungkin kerana mereka mempunyai Akademi Spin DAP. Objektif utama adalah untuk mencari populariti murahan dan menipu daya pemikiran masyarakat. Nampak sangat parti semenanjung ni tak tahu budaya dan cara pemikiran orang Sarawak.

Contoh terbaik adalah filem mereka baru-bru ini yang kurang mendapat sambutan dan memalukan mereka sendiri. Filem yang bertajuk ‘Debat 1MDB bersama Arul’ tidak mencapai status Blockbuster. Apa tidak nya, masyarakat tahu bahawa pelakon utama filem ini , Tony Pua (bukan Tony Ja) sememangnya tahu bahawa sebagai ahli PAC, beliau tidak boleh meneruskan debat ini, tapi beliau teruskan jugak cabaran terhadap Arul. Its either dia ni bodoh tak tahu, atau memang tahu tapi saja nak dapat populariti.

Filem terbaru ni pulak mengaitkan Fadillah dengan kejayaan Syarikat KACC pun cerita recycle yang pernah dikeluarkan beberapa tahun dulu. Cerita Star Wars boleh lah recycle. Tapi saya pun kaji jugak tuduhan DAP ni.

Fakta – KACC ditubuhkan pada 1977 dan berjaya mendapat dan menyiapkan projek-projek dengan baik. Saya pun tumpeng bangga Syarikat Sarawak mampu berkembang dan Berjaya seperti KACC. Berjaya mendapat anugerah dan pengiktirafan kerajaan dan juga swasta. Simple Maths, 1977, Fadillah mungkin berumur 15-16 tahun lah kot.

DAP kata sejak tahun 1997 KACC dapat banyak projek. Time tu pulak Fadillah belum masuk politik lagi kot. Tan Sri Bustari pulak dah berjaya sebagai seorang usahawan bumiputera waktu zaman persekolahan fadillah lagi. (juga simple maths, kalau DAP tak reti nak kira, pakai calculator ye)

Fakta – Setiap penganugerahan sesuatu projek kerajaan, ianya harus melalui pelbagai proses dan pelbagai lapisan JK. Nak dapatkan projek dari pejabat daerah pun macam-macam prosesnya, ni kan pula projek juta-juta. Adakah DAP menuduh kakitangan kerajaan bersekongkol memberi projek dengan kroni BN? Tak baik tau tuduh-tuduh macam tu. Mereka bekerja keras demi pembangunan Negara kita.

Fakta – Fadillah jadi Ahli Parlimen tahun 2004, jadi timbalan menteri MOSTI 2008, jadi Menteri Kerja Raya baru tahun 2013. Projek-projek yang disebut tu dapat bila? DAP tak pakai calculator kot.

Fakta – Kementerian Kerja Raya buat integrity pact bersama SPRM. Lepas tu Kerajaan Negeri Sarawak pulak buat integrity pact termasuk lah Jab utu buat. Nak apa lagi DAP?

Inillah dia DAP. Pakar Spin. I think you guys would have made it big in Hollywood but not in Malaysia. Kita nantikan filem terbaru mereka.

0 Response to "DAP – Parti Pembangkang atau Penerbit Filem?"

Post a Comment

wdcfawqafwef