Calon Tupong Adalah “Team Adenan” - Pemuda Tupong


Desas-desus yang mendakwa penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.6 Tupong menolak Fazzrudin Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan tersebut hanyalah andaian nakal semata-mata.

Namun andaian nakal itu segera dimanipulasi pihak pembangkang, yang cuba tampil dengan propaganda menerusi media sosial untuk menjatuh imej dan moral calon berkenaan.

Sarawakiana cuba menghubungi Ketua Pemuda PBB N.6 Tupong, Shahrazi Edwin Abdullah bagi mendapatkan reaksi beliau terhadap dakwaan tersebut.

Menurut Edwin, sebagai anggota sebuah parti yang menjadi tulang belakang kerajaan negeri, sudah tentu mereka sentiasa bersikap realistik dan akan menyokong calon yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak selaku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Justeru isu menolak calon yang telah diumumkan Ketua Menteri tidak timbul,” katanya yang dihubungi Sarawakiana sebentar tadi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Fazzrudin Abdul Rahman, 40 sebagai calon N.6 Tupong di satu Majlis di Lundu pada 26 Mac lalu.

Diminta mengulas apakah terdapat kelompok tertentu yang tidak bersetuju terhadap calon pilihan Adenan, Edwin memberitahu sebelum Adenan membuat pengumuman memang terdapat sokongan berbelah bagi terhadap beberapa calon yang berpotensi, namun sentimen itu berubah sebaik saja Ketua Menteri mengumumkan Fazzrudin sebagai calon N.6 Tupong.

“Calon Tupong adalah “Team Adenan”, pastinya kami sentiasa teguh dibelakang pucuk pimpinan,” katanya. - Sarawakiana

0 Response to "Calon Tupong Adalah “Team Adenan” - Pemuda Tupong"

Post a Comment

wdcfawqafwef